Bisnes Makeover,
12:54

Ep195. Perniagaan Event Space Tidak Bertahan Lama

23 Aug 2019

Ep 195. Perniagaan Event Space Tidak Bertahan Lama

Event space sangat bersesuaian buat penganjur rumah terbuka. Hal ini kerana, penganjur tidak payah bersusah payah mengemas rumah selepas habisnya rumah terbuka. Ada sesetengah usahawan event space menyediakan servis katering. Servis begini memudahkan lagi penganjur rumah terbuka yang tidak payah memasak buat tetamu. Dalam segmen Cuba Try Test Share, menampilkan Encik Mohd Faid Amsyar untuk menerangkan kepada pendengar tentang bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh pihak PUNB buat usahawan event space.

Isi Utama

Ada sesetengah usahawan event space yang ingin menambah lagi cawangan tetapi tidak mempunyai modal yang cukup. Ada juga sesetengah usahawan yang ingin menceburi bidang ini tapi modal juga menjadi permasalahan. Bagi agensi kerajaan seperti PUNB, pihak mereka menawarkan bantuan untuk usahawan untuk menceburi bidang ini. Encik Faid Amsyar memberi pendapat tentang perniagaan event space.

Fakta Menarik

Al-Qadry di Putrajaya dibantu oleh pihak PUNB.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top