Bicara Ekspres,
12:19

Ep195. Kesan Ego: Positif Dan Negatif

15 Aug 2019

Ep 195. Kesan Ego: Positif Dan Negatif

Untuk sesi bersama tetamu pertama pada minggu ini, DJ Arizal pada episod ini bersama-sama tetamu dari Leka Cafe iaitu Muhammad Izani yang sudah berkecimpung dalam bisnes sejak tahun 2016 lagi dalam bisnes membuat kopi dan snek. Beliau sudi bercerita sedikit-sebanyak mengenai bisnes beliau dan turut berkongsi pandangan beliau mengenai topik ego dalam bisnes yang menjadi fokus minggu ini.

Isi Utama

Izani berpendapat bahawa ego itu adalah penting dalam menjalankan perniagaan dan boleh menjadi perkara yang baik jika digunakan dengan cara yang betul. Dalam perspektif beliau, ego itu adalah lebih kepada memiliki pegangan yang kukuh dengan idea sendiri. Ini dibuktikan ketika beliau mencari nasihat sebelum memulakan bisnes, yang mana beliau tekad untuk berbisnes dan tidak mencari kerja dalam bidang korporat kerana risau akan terlalu selesa. Namun terdapat juga sesetengah kes yang mana ego itu boleh menjadi sesuatu yang negatif, seperti dalam kes menjaga hubungan dengan media dan rakan kongsi.

Fakta Menarik

Kopi yang dijual di Leka Cafe memiliki ramuan istimewa, berasal dari Vietnam dan dikisar di Papua New Guinea. Izani yang merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengusahakan bisnes dengan seorang rakan kongsi yang tidak dapat hadir pada temu bual kali ini berikutan masalah kesihatan. Pada masa kini, setelah tiga tahun berniaga, Leka Cafe sudah memiliki tiga buah cawangan yang beroperasi di sekitar Lembah Klang.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top