Bicara Ekspres,
7:58

Ep194. Sindrom Ego Meruntuhkan Bisnes – Ulasan DJ

15 Aug 2019

Ep 194. Sindrom Ego Meruntuhkan Bisnes – Ulasan DJ

Bicara Ekspres kini datang lagi pada minggu ini dengan podcasts terbaru yang membawa topik terbaru iaitu, sifat serta sindrom ego yang dimiliki para usahawan dalam menjalankan perniagaan yang akhirnya membawa kepada keruntuhan bisnes mereka sendiri. Menjalankan bisnes sememangnya banyak cabaran dan sudah tentu dalam sesetengah keadaan dalam berbisnes boleh mencabar ego seseorang usahawan. Oleh itu, DJ Arizal akan mengulas sedikit sebanyak tentang topik ini dalam siri podcast pertama untuk topik ini.

Isi Utama

Arizal sebagai DJ dalam episod ini berkongsi beberapa punca dan cara bagaimana sifat ego yang tidak dikawal mampu menjadi sindrom yang merosakkan perniagaan yang diusahakan sendiri. Pertama sekali adalah keengganan untuk mendengar kata orang lain terutamanya apabila perniagaan sudah berkembang sedikit besar. Selain itu, berfokuskan kepada duit sahaja dengan perasaan tamak dan ego untuk mengejar wang turut akan menjejaskan bisnes. Satu lagi sindrom lain dalam perihal ego ini adalah sifat boros, berbelanja terlalu melampau dalam menggunakan duit diperoleh dari hasil bisnes. Tidak menjaga hubungan dengan pembekal, pelanggan dan pekerja turut menjadi punca, apatah lagi apabila ego sudah menjadi besar setelah golongan inilah yang membantu mereka ketika mula berniaga dahulu. Akhir sekali adalah sikap enggan menunaikan janji apatah lagi apabila rasa tamak menguasai diri.

Fakta Menarik

Ego dalam perniagaan adalah baik jika digunakan untuk perkara positif, namun bersikap ego apabila ditegur dalam perkara negatif adalah sesuatu yang harus dielakkan sama sekali.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top