Bisnes Makeover,
23:06

Ep194. Puding Je Pun Boleh Laku Ke?

23 Aug 2019

Ep 194. Puding Je Pun Boleh Laku Ke?

Bisnes Makeover kali ini menyambung topik bisnes berkait rumah terbuka raya dengan perniagaan kuih melayu tradisional. Dalam segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi cara untuk mempromosikan kuih-muih tradisional. Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual Encik Mohd Faiz, pemilik Agunes Pureen Kitchen. Agunes Pureen Kitchen beroperasi sejak 2 tahun lalu pada bulan puasa. Agunes Pureen Kitchen menjual pudding Jepun. Bersama Encik Mohd Faid Amsyar dalam segmen Cuba Try Test Share, banyak informasi yang berguna tentang Puding.

Isi Utama

Agunes Pureen Kitchen menggunakan media sosial seperti Twitter dan Instagram untuk mempromosikan pudding Jepun Agunes Pureen Kitchen. Sasaran pelanggan Agunes Pureen Kitchen adalah wanita yang berumur 21-35 tahun. Agunes Pureen Kitchen menjual 1000 cawan pudding sewaktu bulan Ramadhan. Namun begitu, sewaktu hari perayaan, Agunes Pureen Kitchen kurang mendapat sambutan untuk rumah terbuka raya kerana harga premiumnya. Encik Faiz yang masih menjalankan pengeluaran pudding Agunes Pureen Kitchen ini memerlukan bantuan dari segi central kitchen yang memakan modal sebanyak RM30,000.

Encik Faid Amsyar menerangkan kriteria-kriteria yang perlu ada pada sesebuah perniagaan sebelum usahawan memohon pinjaman daripada pihak PUNB. Selain itu, Encik Faid juga menerangkan dengan lebih terperinci tentang faedah yang ditetapkan oleh pihak PUNB seperti RM1 juta ke bawah, kadar yang dikenakan ialah 5% dan RM1juta keatas kadar yang dikenakan ialah 2.5%.

Fakta Menarik

Encik Mohd Faiz mengambil masa sebanyak 1-2 bulan untuk mencantikkan pudding Jepun sebelum menjualnya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top