Bisnes Makeover,
21:47

Ep193. Kerepek Pengganti Kuih Raya

23 Aug 2019

Ep 193. Kerepek Pengganti Kuih Raya

Episod Bisnes Makeover kali ini membincangkan topik tentang bisnes kuih raya. Dalam segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi cara untuk memasarkan kuih raya terlajak laris. Dalam segmen Tolong Makeover, Nana menemubual Encik Mohamad Hafi, pemilik Harraz n Co. Harraz n Co yang bermula pada 4 tahun yang lepas kini mengeluarkan produk kerepek. Dalam segmen Cuba Try Test Share, Bisnes Makeover menjemput Encik Mohd Faid Amsyar untuk menerangkan lebih teliti tentang bantuan yang ditawarkan kepada usahawan seperti Encik Hafi.

Isi Utama

Harraz n Co bukan sahaja menjual kuih raya tetapi menjual kerepek pada hari Raya. Menurut Encik Hafi, kerepek mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada pelanggan. Harraz n Co menjual pelbagai jenis kerepek seperti kerepek pisang tanduk, pisang nangka, ubi original, ubi pedas, ubi jejari dan bawang. Pada awal perniagaan Harraz n Co, Encik Hafi hanya menjual pada kawan-kawan dan ahli keluarga. Pada tahun ini, Encik Hafi menggunakan media sosial seperti Instagram, Facebook, dan Shopee untuk mempromosikan produknya. Encik Hafi memerlukan bantuan kewangan supaya dapat memperkembangkan perniagaannya.

Encik Faid Amsyar menerangkan dengan lebih terperinci tentang bantuan yang ditawarkan oleh pihak PUNB. Bagi perniagaan bermusim yang hanya mendapat keuntungan pada musim perayaan seperti Harraz n Co, Encik Faid menerangkan cara pihak PUNB menilai permohonan pinjaman mereka sebelum meluluskannya.

Fakta Menarik

Nama Harraz n Co diambil sempena nama anak pertama Encik Hafi, Harraz.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top