Bisnes Makeover,
22:59

Ep192. Skim Duanita: Skim Khas Usahawan Wanita

23 Aug 2019

Ep 192. Skim Duanita: Skim Khas Usahawan Wanita

Bisnes Makeover masih lagi dengan topik bisnes berkait rumah terbuka raya. Kali ini, perniagaan jenis doorgift menjadi pilihan Bisnes Makeover. Dalam segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi bisnes cenderahati laku keras yang boleh dilakukan oleh usahawan. Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual Puan Juarina, pemilik Precious Cube Doorgift. Precious Cube Doorgift bermula sejak 3 tahun lepas ini menjadi pilihan ramai orang. Dalam segmen Cuba Try Test Share, Bisnes Makeover menampilkan Encik Mohd Faizal, pengawai MARA untuk membantu usahawan seperti Puan Juarina.

Isi Utama

Precious Cube Doorgift menawarkan servis doorgift berbentuk makanan iaitu popcorn. Popcorn Precious Cube Doorgift menyediakan popcorn secara panas yang diletakkan di cawan kecil buat tetamu. Puan Juarina menggunakan media sosial untuk mempromosikan Precious Cube Doorgift, Puan Juarina memerlukan bantuan dari segi kewangan sebanyak RM50,000 untuk memperkembangkan lagi perniagaan.
Buat usahawan wanita, Encik Faizal menerangkan dengan lebih terperinci tentang skim khas yang diperuntukkan oleh pihak MARA kepada usahawan wanita. Encik Faizal juga menerangkan kepada usahawan tentang premis-premis yang ditawarkan oleh pihak MARA dengan kadar yang rendah berbanding dengan kadar pasaran semasa.

Fakta Menarik

Keunikan pada popcorn Precious Cube Doorgift ialah popcornnya berbentuk cendawan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top