Bisnes Makeover,
30:27

Ep191. Usahawan Muda Katering Merosakkan Market Katering

23 Aug 2019

Ep 191. Usahawan Muda Katering Merosakkan Market Katering

Episod Bisnes Makeover kali ini menampilkan topik bisnes berkait rumah terbuka raya. Sesetengah penganjur rumah terbuka raya lebih gemar memilih untuk menggunakan servis catering untuk memudahkan kerja. Segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi tips bisnes katering yang boleh dilakukan di rumah oleh suri rumah atau sesiapa pun. Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual Encik Muhammad Hafiz Khairullah, pemilik Melur Ria Enterprise. Melur Ria Enterprise dimulakan sejak pada tahun 2010 menyediakan servis katering dan event space. Dalam segmen Cuba Try Test Share, Bisnes Makeover menjemput Encik Mohd Faizal, pengawai Mara untuk berkongsi dan membantu usahawan-usahawan untuk memohon pinjaman dengan pihak MARA.

Isi Utama

Melur Ria Enterprise masih menjalankan perniagaan pada musim raya dengan menerima tempahan daripada syarikat besar dan juga persendirian. Menurut Encik Hafiz, pemasaran untuk hari Raya telah dilakukan pada bulan Ramadhan dengan menyediakan servis Buffet Ramadhan. Strategi ini menarik ramai pelanggan kerana pelanggan telah merasa makanan Melur Ria Enterprise. Berbeza dengan 9 tahun yang lepas, Encik Hafiz yang dahulunya menggunakan promosi mulut ke mulut kini sepenuhnya menggunakan sosial media. Tiada perniagaan yang tidak punya persaingan dan Encik Hafiz juga tidak terkecuali. Isu yang merisaukan Encik Hafiz ialah usahawan katering baru membunuh market katering dengan menawarkan harga yang lebih murah. Encik Hafiz memerlukan bantuan dari segi kewangan sebanyak RM1 juta untuk memperkembangkang lagi perniagaan dan juga kursus untuk menguruskan makanan dengan lebih teliti. Oleh itu, Encik Mohd Faizal, pengawai MARA menjelaskan kepada pendengar dan Encik Hafiz pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak MARA. Selain itu, pendengar dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh usahawan untuk memohon pinjaman MARA. Akhir sekali, usahawan yang berhasrat ingin memohon pinjaman daripad MARA dapat mengetahui tentang aspek-aspek penting yang dititikberatkan oleh pihak MARA sebelum meluluskan pinjaman.

Fakta Menarik

Melur Ria Enterprise mempunyai beberapa lokasi seperti di Bandar Baru Bangi dan Nilai 3.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top