Bicara Ekspres,
19:27

Ep191. Minat Punca Mengusahakan Bisnes Percetakan

12 Aug 2019

Ep 191. Minat Punca Mengusahakan Bisnes Percetakan

Temubual Bicara Ekspres pada episod podcast kali ini pula berkesempatan untuk bersama-sama dengan pengusaha serta tonggak belakang Twin Saga Cetak Niaga iaitu Mohammad Fazli yang memfokuskan kepada perniagaan percetakan yang kini sudahpun memiliki empat buah cawangan. Dengarkan perkongsian beliau mengenai latar belakang beliau dan bagaimana beliau memulakan perniagaan percetakan beliau dari zaman menara gading.

Isi Utama

Mohammad Fazli sememangnya merupakan seseorang yang berminat dalam mengusahakan perniagaan sendiri. Malahan sejak zaman universiti, beliau sudahpun mengusahakan bisnes servis komputer khusus untuk pelajar-pelajar sekitar kampus beliau. Meskipun memiliki sasaran dalam kerjaya mengikut bidang perancang bandar, beliau kemudian melupakan hasrat tersebut setelah merasakan adalah lebih baik berniaga kerana mampu mencipta peluang serta meningkatkan diri berbanding makan gaji.

Fakta Menarik

Merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang perancangan bandar, Fazli sudahpun mengusahakan bisnes sejak tahun 2014.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top