Bicara Ekspres,
11:12

Ep189. Kenapa Jadi Usahawan? – Ulasan DJ

12 Aug 2019

Ep 189. Kenapa Jadi Usahawan? – Ulasan DJ

Bicara Ekspres kembali lagi pada minggu ini dengan topik terbaru iaitu, apakah sebab-sebab yang membuatkan seseorang menjadi usahawan? Pastinya anda di luar sana ada sebab tersendiri mengapa anda begitu bersemangat untuk mengusahakan perniagaan sendiri. Oleh itu, DJ Arizal akan mengulas sedikit sebanyak tentang topik ini sebagai permulaan bagi topik minggu ini.

Isi Utama

Arizal sebagai DJ dalam episod ini berkongsi empat sebab utama kenapa seseorang usahawan itu nak jadi usahawan pada mulanya. Antaranya seperti kebebasan untuk mencari peluang baru dengan sendiri. Ini adalah faktor penting kerana kebebasan sedemikian sukar diperoleh apabila bekerja dengan orang. Selain itu, sebab lain pula seperti nekad yang jitu untuk mengejar minat sendiri. Apabila menjadi usahawan, semua sasaran atau objektif harus ditetapkan sendiri berbanding dengan bekerja dengan orang. Di samping itu, seseorang turut ingin menjadi usahawan kerana tidak mahu dikawal orang lain. Memiliki ruang untuk mengusahakan kerja sendiri adalah motivasi yang kuat untuk sesetengah orang, namun ianya harus disusuli dengan disiplin. Akhir sekali, sebab untuk menjadi usahawan termasuklah meningkatkan ekonomi sendiri, yang turut menjadi antara sebab utama bagi ramai usahawan.

Fakta Menarik

Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, bahkan di sebalik bisnes yang berjaya, banyak sahaja bisnes yang kurang berjaya di luar sana. Namun dengan sebab yang kukuh, motivasi pasti akan kekal untuk berusaha lebih gigih.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top