Bicara Ekspres,
11:22

Ep188. Membuat Jahitan Menepati Kehendak Pelanggan

31 Jul 2019

Ep 188. Membuat Jahitan Menepati Kehendak Pelanggan

Mengakhiri topik cari penyelesaian atau jual produk, Bicara Ekspres dapat bersama-sama Puan Siti Sharlina Mad Isa di talian, iaitu founder Sharlina Mad Isa Enterprise yang membicarakan lebih lanjut tentang bagaimana beliau bermula, perkembangan bisnes beliau serta bagaimana beliau membantu menyelesaikan masalah pelanggan menerusi bisnes yang diusahakan beliau.

Isi Utama

Sharlina berpendapat beliau menyelesaikan pelbagai masalah pelanggan menerusi bisnes jahitan beliau. Para pelanggan ada pelbagai citarasa, ukuran dan pilihan sendiri dan ini harus diteliti satu persatu dalam menghasilkan baju yang elok untuk pelanggan beliau. Beliau turut memiliki pengalaman sendiri terjebak dalam bisnes hanya untuk menjual produk dan mendapati bisnes berkenaan tidak kekal lama seperti mana bisnesnya kini. Ini berikutan kurangnya aktiviti pembangunan dan penyelidikan serta kurangnya penghayatan dalam bisnes tersebut.

Fakta Menarik

Merupakan graduan Universiti Malaysia Kesihatan dalam bidang keusahawanan dan kesihatan, Sharlina memulakan bisnes sebaik diajak kawan untuk menyertai program di bawah Giat Mara sebaik habis praktikal.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top