Bicara Ekspres,
13:31

Ep187. Sambal Mudah Untuk Golongan Bekerja

31 Jul 2019

Ep 187. Sambal Mudah Untuk Golongan Bekerja

Meneruskan momentum topik mengenai penyelesaian versus produk, Bicara Ekspres pada minggu ini berkesempatan menemubual Muhammad Hazrul bin Kamarudin yang mengusahakan bisnes Twin Saga SP yang lebih menumpukan kepada sambal bilis berjenama Saga. Beliau tidak lokek berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan beliau di samping berkongsi sedikit sebanyak pendapat mengenai topik minggu ini.

Isi Utama

Sebelum mengusahakan Twin Saga SP, Hazrul memerhatikan bahawa orang bekerja memiliki kesukaran untuk menyediakan lauk-pauk apabila pulang bekerja serta orang-orang yang ingin berjimat tanpa menyediakan sambal dalam jumlah yang terlalu banyak. Menu sambal itu dipilih berdasarkan pengalaman serta minat beliau sendiri. Bagi beliau, jika anak muda menjadi usahawan semata-mata menjual produk, ianya tidak terlalu mampan dalam jangka masa panjang. Namun ianya harus dipuji kerana keberanian mencuba, malahan keberanian inilah yang membolehkan anak muda mendapat pandangan lebih jelas tentang masalah dalam perniagaan yang boleh dijadikan panduan pada masa hadapan.

Fakta Menarik

Muhammad Hazrul baru sahaja mengusahakan bisnes sambal kering selama setahun tetapi sudah mengeluarkan lebih kurang 100 pek seminggu. Beliau berpangkalan di Sungai Petani, namun dibesarkan di selatan tanah air.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top