Bicara Ekspres,
18:02

Ep185. Nuraliya Membantu Pelanggan & Ejen dengan D’Xandra

31 Jul 2019

Ep 185. Nuraliya Membantu Pelanggan & Ejen dengan D’Xandra

Memulakan sesi bersama tetamu, tetamu pertama minggu ini di konti eFM adalah Nuraliya Mohd Nor iaitu stokis D’Xandra yang bermula dari bawah dan kini sudah memiliki banyak ejen di bawahnya. Beliau sudi berkongsi bagaimana beliau bermula dalam bisnes dan juga sedikit pandangan beliau mengenai topik minggu ini iaitu menjual produk atau menjual penyelesaian.

Isi Utama

Nuraliya bermula dengan niat untuk mencari duit sampingan demi menampung perbelanjaan. Walaupun begitu, dengan latihan di bawah D’Xandra, beliau mengalami perubahan ketara dari segi pengurusan perniagaannya yang menyebabkan beliau kini beriltizam untuk membantu orang lain, dan ini diterapkan dalam penjualan produk D’Xandra dalam jagaan beliau. Di samping membantu pelanggan mengeratkan kasih sayang menerusi minyak wangi, beliau tidak lokek membantu ejen-ejen yang baru bermula dalam bisnes.

Fakta Menarik

Bermula secara kecil-kecilan sedari zaman belajar diploma lagi, Nursyazrin bergiat di bawah D’Xandra dengan membuat perniagaan dropship dan menyimpan duit sebelum menaik taraf kepada ejen. Jualannya semakin menggalakkan sehingga beliau mampu naik ke taraf stokis dan memiliki kedai sendiri di Wangsa Maju.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top