Bisnes Makeover,
28:49

Ep185. Apa Itu Rendang Dendeng Daging

12 Aug 2019

Ep 185. Apa Itu Rendang Dendeng Daging

Segmen Tolong Makeover menemubual Puan Mariam Harun pengasas Marida Shop Sdn Bhd, pengeluar Rendang Dendeng Daging. Puan Mariam Harun telah menjalankan perniagaan Rendang Dendeng Daging sejak tahun 2015 setelah mendapat pelbagai permintaan daripada rakan dan keluarganya.

Isi Utama

Setelah mendapat permintaan yang banyak daripada rakan dan keluarga, Puan Mariam mula menjual Rendang Dendeng Daging kepada orang ramai. Pada awalnya, Puan Mariam mendapat bantuan daripada pihak MARDI untuk cara memasak dan menyediakan produk untuk bertahan selama 6 bulan. Puan Mariam memulakan produksi pada tahun 2016 tanpa ilmu yang cukup. Namun begitu, perniagaannya semakin kembang apabila Puan Mariam menyertai online shop dari Fama. Puan Mariam berkongsi cabaran dan masalah yang dihadapi olehnya sewaktu menjalankan perniagaan pada waktu awal seperti kekurangan ilmu dan pemasaran.

Dalam segmen Cuba Try Test Share, Bisnes Makeover menampilkan Encik Mohd Faizal, Pengawai MARA untuk membantu Puan Mariam yang ingin mempelbagaikan jenis produk. Encik Faizal bercerita dengan lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan oleh pihak MARA.

Fakta Menarik

Jenis daging yang digunakan oleh Rendang Dendeng Daging ialah jenis carik. Pada awalnya, tiada mesin untuk mencarik daging, dan Puan Mariam perlu mencarik daging menggunakan tangan selama 4 hari.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top