Bisnes Makeover,
24:19

Ep184. Katakan Tidak Kepada Nasi Impit Plastik!

12 Aug 2019

Ep 184. Katakan Tidak Kepada Nasi Impit Plastik!

Nasi impit bukan sahaja popular sewaktu hari raya namun ia juga dijadikan sebagai makanan sampingan bersama sate. Segmen Tolong Makeover menemubual usahawan wanita, Puan Rosnah pengasas kepada Tursina Salsabila Enterprise yang mencipta sebuah hidangan Nasi Impit Kain. Puan Rosnah tidak menggunakan plastic sebaliknya menggunakan kain yang bebas dari bahan toksik. Tahun ini merupakan tahun ketiga buat Tursina Salsabila menjual Nasi Impit Kain.

Isi Utama

Puan Rosnah lebih mementingkan kesedaran penggunaan plastik yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai melalui pemakanan nasi impit plastik. Menurut Puan Rosnah, nasi impit plastic dapat mengeluarkan toksik-toksik yang boleh mencetuskan penyakit kanser. Cabaran yang sering dihadapi oleh Puan Rosnah dalam menjalani perniagaannya ialah kesedaran orang ramai tentang penggunaan plastic dan mentality orang ramai tentang pemakanan.

Bersama Coach Shidi dalam Segmen Cuba Try Test Share, Coach Shidi berkongsi dengan lebih teliti tentang cara untuk mempromosikan produk dengan kesedaran dengan lebih efektif.

Fakta Menarik

Puan Rosnah Alias merupakan bekas pensyarah jurusan Sains Alam Sekitar, Institut Pendidikan Guru Kampus Datuk Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top