Bicara Ekspres,
09:05

Ep184. Jual Produk atau Penyelesaian – Ulasan DJ

31 Jul 2019

Ep 184. Jual Produk atau Penyelesaian – Ulasan DJ

Bicara Ekspres kembali lagi pada minggu ini dengan topik yang tidak kurang menariknya iaitu berniaga, adakah kita menjual produk semata-mata atau adakah kita menjual penyelesaian? Pastinya sesuatu yang wajar difikirkan bersama oleh semua usahawan dan bakal usahawan di luar sana. Oleh itu, DJ minggu ini mengulas sedikit sebanyak tentang topik ini, dibantu oleh sumber dari pakar pemasaran, Azmi Abdul Rahman.

Isi Utama

Arizal sebagai DJ dalam episod ini menyarankan bahawa usahawan tidak harus berfikir untuk berniaga semata-mata kerana ingin menjual produk. Menjual produk sahaja adalah strategi yang kurang berkesan dalam jangka masa panjang dan memberikan gambaran kurang enak jika digunakan dalam strategi promosi di media sosial. Dengan membantu pelanggan mencari penyelesaian kepada masalah mereka adalah lebih baik, kerana mereka akan rasa kurang tertekan dalam membeli produk. Ini tidak bermaksud sebarang aktiviti menjual adalah tidak relevan langsung. Pelbagai strategi perniagaan dan idea bernas bagi membantu kelangsungan operasi perniagaan turut dikongsi dengan lanjut.

Fakta Menarik

Menyediakan penyelesaian kepada pelanggan akan membantu membina kepercayaan dan memudahkan urusan jual beli serta meningkatkan peluang untuk mendapatkan pelanggan setia.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top