Bisnes Makeover,
24:16

Ep183. Tips Bagaimana Untuk Berniaga Lemang

12 Aug 2019

Ep 183. Tips Bagaimana Untuk Berniaga Lemang

Tidak lengkap hari Raya anda jika tiada lemang di rumah untuk dimakan dan disajikan kepada tetamu. Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual Encik Zamri bin Mohd Yusof, pengusaha Lemang Corner Ori. Encik Zamri mengusahakan Lemang Corner Ori sejak 15 tahun yang lepas.

Isi Utama

Encik Zamri yang telah lama berniaga lemang mempunyai peminatnya yang tersendiri yang sanggup beratur sekurang-kurangnya sejam setengah untuk mendapatkan Lemang Corner Ori. Pada mulanya, Encik Zamri yang menjalankan perniagaanya di tepi jalan raya dipaksa untuk bertukar lokasi di belakang Taman Medan yang serba serbi kekurangan keperluan asas. Menurut Encik Zamri, bantuan yang diperlukan olehnya ialah tempat yang sesuai untuk membakar lemang serta mempunyai kemudahan api dan air.

Dalam segmen Cuba Try Test Share, Coach Shidi berkongsi beberapa tips yang boleh digunapakai oleh usahawan lemang yang menghadapi masalah seperti bertukar lokasi. Coach Shidi juga berkongsi cara untuk mengekalkan perniagaan bermusim buat usahawan lemang.

Fakta Menarik

Tahun lepas, Lemang Corner Ori membuat pesanan sebanyak 9,000 batang lemang untuk dijual kepada pelanggan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top