Bisnes Makeover,
20:52

Ep182. Jangan Viralkan Produk Kalau Tak Best

12 Aug 2019

Ep 182. Jangan Viralkan Produk Kalau Tak Best

Kuih tradisional merupakan elemen penting pada Hari Raya. Semakin dekat menyambut Hari Raya, ramai usahawan-usahawan kuih tradisional sibuk membuat dan menjual kuih raya. Bersama Nana Mahazan dalam Tips bersama Nana, Nana berkongsi strategi penting untuk berniaga biskut raya.

Dalam Segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual usahawan wanita, Cik Nur Liyana, pengusaha Sopit Jolobu. Sopit Jolobu merupakan perniagaan kuih tradisional seperti kuih kapit. Sopit Jolobu dimulakan oleh ibu Cik Liyana pada tahun 2013. Cik Liyana yang baru sahaja mengambil alih perniagaan sejak setahun yang lepas telah membuat beberapa inovasi terhadap kuih kapit.

Isi Utama

Sopit Jolobu yang hanya mengfokuskan kepada penjualan kuih kapit ini pada mulanya memulakan pemasaran secara rumah ke rumah dan kini Sopit Jolobu mempunyai 11 ejen di Negeri Sembilan, Bangi dan Semenyih. Proses pembuatan kuih kapit yang sukar memberi cabaran dan masalah kepada pengusaha Sopit Jolobu seperti pekerja dan permintaan pelanggan dari luar kawasan. Menurut Cik Liyana, bantuan yang diperlukan buat kuih kapitnya yang rangup dan rapuh ialah pembungkusan.

Dalam segmen Cuba Try Test Share, Bisnes Makeover menampilkan Coach Shidi untuk mengupas dengan lebih lanjut tentang apa yang perlu dilakukan oleh usahawan kuih tradisional seperti Cik Liyana untuk memuatturun dan mempromosikan di laman media sosial.

Fakta Menarik

Sopit Jolobu menawarkan kuih kapit berperisa coklat dan peanut butter.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top