Bicara Ekspres,
14:19

Ep182. Forezki – Kuasa Tagline dalam Berniaga

26 Jul 2019

Ep 182. Forezki – Kuasa Tagline dalam Berniaga

Masih lagi dengan topik mengenai staf, Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama dengan Khairul Hafizi bin Mohamad yang mengusahakan bisnes Forezki yang lebih menumpukan kepada bidang percetakan untuk tujuan pengiklanan. Beliau berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan beliau serta perihal mengambil staf dalam menjalankan bisnes.

Isi Utama

Pada masa sekarang, Forezki masih tiada pekerja tetap, namun ianya sudahpun berada di tahap memerlukan staf kekal untuk memenuhi permintaan pelanggan. Sebelum ini beliau hanya mengambil pekerja separuh masa untuk masa-masa ketika permintaan tinggi. Dengan keperluan mengambil pekerja tetap yang meningkat, Khairul Hafizi banyak belajar dari rakan-rakan dan pengalaman mengambil pekerja separuh masa untuk dijadikan panduan dalam menggajikan pekerja. Beliau turut memberikan pendapat mengenai mengambil pekerja dengan jarak umur yang tidak jauh memandangkan beliau hanya berusia 25 tahun.

Fakta Menarik

Berasal dari Grik, Khairul Hafizi merupakan graduan daripada bidang Pengajian Islam. Idea untuk menjalankan bisnes timbul setelah beliau berusaha untuk mencari kerja dekat dengan kampung halaman tetapi tidak ketemu. Bermula dari rumah, Forezki mula berkembang dan hanya pada tahun ini sahaja beliau sudahpun menemukan kedai sebagai pusat operasi bisnes beliau.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top