Bisnes Makeover,
27:28

Ep181. Wajik Dan Dodol Legasi Keturunan Kita

12 Aug 2019

Ep 181. Wajik Dan Dodol Legasi Keturunan Kita

Musim perayaan yang semakin hampir menyebabkan pengusaha makanan tradisional tidak cukup tangan untuk mengendalikan pesanan. Wajik dan dodol merupakan salah satu makanan kegemaran sewaktu Hari Raya. Dalam segmen Tolong Makeover, Bisnes Makeover menemubual pengusaha makanan tradisi, Encik Mohammad Najib dari Ramlah Enterprise. Encik Najib mengusahakan perniagaan wajik dan dodol, perniagaan turun-temurun dan kini ia telah mencecah generasi yang ke-empat.

Isi Utama

Bagi pengusaha makanan tradisi yang telah matang, Encik Najib perlu bersaing dengan 30 orang pengusaha lain di sekitar Melaka. Dalam persaingan, Encik Najib melakukan beberapa strategi pemasaran yang agak berkesan buat perniagaannya. Antaranya ialah Encik Najib menyertai carnival dan ekspo yang ditawarkan oleh agensi kerajaan. Dalam menjalani perniagaannya, Encik Najib berkongsi salah satu cabaran dan masalah yang dihadapinya iaitu kekurangan tenaga kerja. Untuk membantu Encik Najib dari segi makeover, Encik Najib berkongsi bantuan makeover yang diperlukan olehnya.

Selepas menjelaskan cabaran dan masalah Encik Najib kepada Encik Mohd Faizal, Pengawai MARA. Encik Mohd Faizal mengupaskan lagi bantuan-bantuan yang diberikan oleh MARA kepada Encik Najib.

Fakta Menarik

Ramlah Enterprise didaftarkan pada tahun 1992.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top