Bicara Ekspres,
19:21

Ep181. Mr Chor Barbershop Berkongsi Cara Mencari Staf

26 Jul 2019

Ep 181. Mr Chor Barbershop Berkongsi Cara Mencari Staf

Ikuti temubual Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama dengan pengusaha serta tonggak belakang Mr Chor Barbershop iaitu Amirul Arif bin Anwar yang memfokuskan kepada bisnes kedai gunting rambut yang telahpun mengambil beberapa orang pekerja untuk memastikan bisnes beliau berjalan. Dengarkan pandangan lanjut beliau mengenai mengambil staf untuk kelangsungan bisnes.

Isi Utama

Dengan bisnes yang telahpun berjalan selama tiga tahun lebih dengan dua buah cawangan, Amirul Arif telahpun menggajikan beberapa pekerja yang bersilih ganti sepanjang bisnes beliau berjalan. Kebanyakan pekerja beliau adalah dalam lingkungan umur yang dekat dengan beliau, dan beliau berpendapat bahawa berdepan dengan staf dengan jarak umur yang tidak jauh bermaksud beliau perlu untuk bermain tarik tali. Ini bermaksud perlu ada ‘give and take’ antara pekerja dan majikan. Beliau turut menggariskan tiga kriteria utama beliau dalam memilih pekerja serta bab disiplin antara staf antara lainnya.

Fakta Menarik

Dengan bisnes yang bermula dari tahun 2016, Amirul Arif telahpun berpengalaman dalam menjalankan beberapa bisnes sebelum membuka Mr Chor Barbershop. Berikutan trend kedai gunting rambut yang kian mendapat perhatian pada ketika itu, beliau pun semakin yakin untuk buat bisnes tersebut apatah lagi setelah didorong oleh rakan-rakan. Sementelah belajar gunting rambut di Melaka, beliau kemudian balik ke Teluk Intan untuk mula berniaga dan kini telahpun memiliki dua buah cawangan dengan tujuh orang pekerja.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top