Bicara Ekspres,
20:04

Ep180. Sweet Kreem mengambil staf selaras perkembangan bisnes

26 Jul 2019

Ep 180. Sweet Kreem mengambil staf selaras perkembangan bisnes

Memulakan sesi bersama tetamu, tetamu pertama minggu ini di konti EFM adalah Nursyazrin Karim dari Sweet Kreem yang berfokus kepada bidang pastri dan bakeri. Beliau sudi berkongsi bagaimana beliau bermula dalam bisnes dan juga apa cadangan dan rancangan beliau dalam mengambil staf untuk bisnes beliau.

Isi Utama

Memandangkan bisnes beliau masih baru, Nursyazrin masih lagi mengusahakan bisnes secara berseorangan sambil dibantu oleh suami. Ini apatah lagi mengambil kira bahawa bisnes beliau buat masa kini masih lagi kebanyakkannya beroperasi di rumah. Walaupun beliau sememangnya bercadang mengambil staf untuk menampung permintaan yang meningkat terutamanya menjelang musim perayaan, beliau turut menjangkakan staf yang fleksibel serta memiliki standard tertentu yang mengikut kehendak beliau.

Fakta Menarik

Nursyazrin bermula dengan mempelajari membuat pastri secara suka-suka daripada kakaknya sendiri. Idea untuk berniaga bermula ketika belajar membuat biskut kelapa daripada kakaknya dan selepas mengedarkan biskut-biskut tersebut, pesanan mulai masuk dengan lebih banyak. Merupakan graduan bidang kejuruteraan marin di Universiti Kuala Lumpur, beliau mula nekad untuk fokus kepada bisnes dan berhenti kerja sebagai document controller.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top