Bisnes Makeover,
25:30

Ep180. Bawa Kedai Ke Rumah Orang

31 Jul 2019

Ep 180. Bawa Kedai Ke Rumah Orang

Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual Encik Zulhilmi Bin Rahman, pemilik kepada Mincing Lambchop. Encik Hilmi yang mempunyai pengalaman dalam bidang servis penghantaran ini membuka kedai berkonsepkan penghantaran. Encik Hilmi mempunyai pengalaman dalam servis penghantaran bersama Lazada selama dua tahun dan kemudian 2 bulan bersama DHL.

Isi Utama

Dalam segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi cara buat usahawan untuk memulakan perniagaan makanan dan servis penghantaran. Antara yang dikongsi ialah setiap perniagaan perlu ada SOP dan menawarkan pelbagai jenis menu tetapi tidak terlalu banyak.
Dalam Segmen Tolong Makeover, Encik Hilmi berkongsi cerita tentang pengalaman beliau sebagai runner dan bagaimana beliau mengaplikasikan pengalamannya dalam perniagaan Mincing Lambchop. Walaupun baru sahaja dua bulan beroperasi, namun Encik Hilmi berkongsi cabaran dan masalah yang dihadapi olehnya seperti masalah runner dan penghantaran makanan dalam keadaan yang masih panas. Mincing Lambchop menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik sesuai untuk golongan middle class.

Bersama Coach Shidi, Coach Shidi memberi komen terhadap prestasi media social Mincing Lambchop. Coach Shidi berkongsi cara buat Mincing Lambchop untuk menambahbaikkan content di media sosial. Selain itu, Coach Shidi berkongsi pendapat tentang penggunaan Facebook ads pada bulan Ramadhan. Coach Shidi juga berkongsi tentang copywriting yang sesuai untuk bulan Ramadhan. Antaranya ialah mencipta satu menu untuk bulan Ramadhan.

Fakta Menarik

Mincing merupakan nama sebuah kampung di Negeri Sembilan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top