Bawa Mulut,
21:03

Ep18. Servis Perkhidmatan Cik Sal Bertambah Digital

07 Apr 2019

Ep 18. Servis Perkhidmatan Cik Sal Bertambah Digital

Cik Sal masih berminat untuk meneruskan khidmat penghantaran makanan. Kali ini, Cik Sal, Joy dan Rizal membincangkan perkara-perkara penting yang perlu ditekankan sebagai persediaan jika Cik Sal mahu merealisasikan anganan melibatkan diri dalam khidmat penghantaran makanan. Roy, pekerja Cik Sal yang menggantikan Selvi telah menyediakan cadangan rancangan perniagaan untuk Cik Sal, Rumah Masak. Berkonsepkan masakan emak, khidmat penghantaran makanan Cik Sal bertumpu kepada masakan-masakan yang dimasak oleh para ibu.

Isi Utama

Episod kali ini mendedahkan usahwan untuk memanfaatkan aplikasi atas talian dalam meningkatkan perniagaan. Selain menggunakan aplikasi yang merancang kandungan perkongsian di laman sosial, usahawan boleh mengadakan pertandingan atau potongan harga untuk tarik perhatian bakal pelanggan. Usahawan yang terlibat dengan pemprosesan makanan secara terus perlu memastikan setiap pekerja menerima suntikan typhoid untuk mengelakkan jangkitan penyakit berbahaya terhadap pekerja dan juga pelanggan. Usahawan juga perlu mengenalpasti dan mendapatkan khidmat nasihat tentang panduan pengendalian makanan daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan lain-lain supaya perniagaan yang dijalankan tidak mendatangkan mudarat kepada pelanggan dan menyebabkan perniagaan terpaksa disita.

Fakta Menarik

Kebanyakan khidmat penghantaran makanan tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan masakan seperti air tangan emak di kampung.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top