Bicara Ekspres,
10:35

Ep179. Staf – menambah atau mengurangkan beban?

26 Jul 2019

Ep 179. Staf – menambah atau mengurangkan beban?

Bicara Ekspres pada minggu ini akan memfokuskan kepada topik staf, adakah mereka ini beban atau tidak? Pastinya tidak jika diurus dengan baik. Oleh itu, deejay minggu ini mengulas sedikit sebanyak tentang mendapatkan staf yang membantu dalam bisnes.

Isi Utama

Arizal sebagai DJ dalam episod ini memberikan beberapa idea dari laman sesawang usahawan.com tentang bagaimana untuk mencari staf yang baik. Antaranya seperti menyenaraikan kemahiran yang harus dimiliki staf untuk melengkapkan apa-apa kemahiran yang tidak dimiliki kita selaku pengurus bisnes, seperti boleh melakukan multitasking atau selling serta promosi kepada pelanggan. Selain itu, founder juga boleh mengambil beberapa pelajar praktikal dan memantau mereka untuk ditawarkan jawatan tetap jika prestasi memuaskan.

Fakta Menarik

Staf yang berkualiti akan kekal lama dengan syarikat, seterusnya menjadi rakan kongsi dan juga pemilik saham jika syarikat berkembang pada masa hadapan. Oleh itu hargailah mereka jika ada.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top