Bisnes Makeover,
22:06

Ep179. Makanan Sarawak Hebat Di Semenanjung

31 Jul 2019

Ep 179. Makanan Sarawak Hebat Di Semenanjung

Segmen Tolong Makeover kali ini menampilkan Encik Azizul bin Latif, pengasas kepada Sarawak Bowl. Sarawak Bowl memulakan perniagaan pada 9 April 2016 dan kini telah mempunyai 3 kedai di lokasi yang berbeza iaitu di Sogo Complex, Sunway Putra Mall dan Setapak. Sarawak Bowl juga menggunakan pelbagai perkhidmatan penghantaran seperti Foodpanda dan Deliveryman.

Segmen Cuba Try Test Share menampilkan Coach Shidi yang bakal berkongsi pendapat tentang Sarawak Bowl.

Isi Utama

Encik Azizul berkongsi tentang strategi pemasaran yang dilakukan oleh Sarawak Bowl, Yang menariknya, salah satu strategi pemasaran yang dilakukan olehnya ialah perkongsian rezeki bersama usahawan-usahawan secara kecilan yang menjalankan perniagaan biskut raya dan kek lapis sarawak yang dijual di Kuala Lumpur. Cabaran yang dihadapi oleh Encik Azizul ialah masalah logistik seperti kesukaran mendapat bahan asli di Semenanjung dan juga kesukaran Encik Azizul untuk mencari individu yang berminat untuk membuka franchise Sarawak Bowl.
Dalam segmen Cuba Try Test Share, Coach Shidi berkongsi pendapat tentang Sarawak Bowl. Coach Shidi juga berkongsi cara buat pengusaha restoran makanan untuk melakukan content marketing yang sesuai. Selain itu, Coach Shidi berkogsi tentang licensing.Akhir sekali, Coach Shidi berkongsi pendapat tentang perniagaan katering buat bulan puasa,

Fakta Menarik

Pada tahun pertama Sarawak Bowl, Encik Azizul menggunakan platform Foodpanda untuk menghantar makanan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top