Bisnes Makeover,
26:55

Ep178. Rendang Brader Hingga Ke Peringkat Antarabangsa

31 Jul 2019

Ep 178. Rendang Brader Hingga Ke Peringkat Antarabangsa

Segmen Tolong Makeover menampilkan Encik Ahmad Aiman Anuar, pengasas kepada Fa Cookery dan Rendang Brader. Rendang Brader merupakan rendang turun-temurun namun begitu Encik Aiman baru sahaja mengkomersialkan nama rendang tersebut. Rendang Brader terletak di Bandar Baru Bangi ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti seperti santan yang segar. Rendang Brader dimasak selama 3-4 jam sebelum kering dan mampu bertahan sehingga dua bulan.

Segmen Cuba Try Test Share, Coach Shidi bakal memberi tips dan nasihat yang berguna buat Encik Aiman dan usahawa yang lain

Isi Utama

Rendang merupakan antara makanan utama sewaktu hari perayaan. Namun begitu, Encik Aiman menjual pada bulan Ramadhan supaya dapat memudahkan kerja suri rumah dan Encik Aiman berharap untuk menjadikan Rendang Brader sebagai makanan harian. Dalam menjalankan perniagan turun-temurun ini, Encik Aiman boleh dikirakan sebagai orang baru. Oleh itu, Encik Aiman tidak berani untuk mengeluarkan kos yang banyak untuk pemasaran. Antara strategi pemasaran yang dilakukan oleh Encik Aiman ialah penggunaan social media, menghantar tester k pejabat dan mempromosikan kepada kawan-kawan dan keluarga.
Untuk membantu permasalahan Encik Aiman, Coach Shidi berkongsi cara untuk menarik minat orang untuk membeli produk tersebut. Penggunaan hashtag dan jingle juga diketengahkan oleh Coach Shidi. Coach Shidi berkongsi tentang kesalahan yang sering dilakukan oleh usahawan, dan akhir sekali Coach Shidi mencungkil tentang kolabrasi.

Fakta Menarik

Harga Rendang Brader adalah RM35 untuk 500g dan RM60 untuk 1kg.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top