Bicara Ekspres,
20:53

Ep178. Mencari Kimono Anak: Permulaan Unik Affodle Studio

15 Jul 2019

Ep 178. Mencari Kimono Anak: Permulaan Unik Affodle Studio

Tetamu minggu ini di konti eFM kali ini adalah Suraya binti Mohamad Nasir dari Affodle Studio yang berfokus kepada mengimport kimono khusus dari Jepun untuk orang dewasa serta pakaian kimono untuk kanak-kanak. Beliau sudi berkongsi bagaimana beliau bermula dan apa faktor yang menyebabkan beliau berniaga.

Isi Utama

Memulakan aktiviti mengumpul fabrik kimono untuk dibuat bagi anaknya yang berusia lapan bulan, Suraya kemudiannya membuat pakaian untuk kanak-kanak dan terus mengembangkan pula kepada mengimport kimono dan membuat pengubahsuaian orang dewasa. Pada awalnya, beliau bekerja sebagai jurutera mekanikal dan rekabentuk produk tetapi lebih berminat kepada seni. Sebaik sahaja menemukan peluang dalam perniagaan kimono ini, beliau terus menceburi bisnes dan tidak lagi menoleh ke belakang. Setelah menimba ilmu dari pelbagai sumber terutamanya MDEC, Suraya hanya berhenti kerja pada tahun 2018 selepas yakin dengan potensi bisnes.

Fakta Menarik

Suraya telahpun mula mengumpul fabrik kimono dari 2014 dan membuat pakaian kanak-kanak mulai 2015 sebelum mendapat permintaan dari orang dewasa.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top