Bisnes Makeover,
27:48

Ep177. Pelanggan Tetap Setia Hingga Hujung Nyawa

31 Jul 2019

Ep 177. Pelanggan Tetap Setia Hingga Hujung Nyawa

Segmen Tolong Makeover menampilkan Puan Nurul Fatiya Binti Ghani, pengasas FG Delivery. FG Delivery merupakan perniagaan keluarga yang dijalankan oleh ibu Puan Fatiya dan Puan Fatiya. FG Delivery dimulakan dengan berniaga di kedai, bazar Ramadhan, FG Delivery memulakan servis penghantaran setelah mendapat tender di kantin.

Isi Utama

Puan Fatiya yang menjalankan perniagaan bersama ibunya mengorak langkah yang seterusnya dengan memulakan servis penghantaran makanan. Antara menu yang terdapat dalam FG Delivery ialah makanan melayu. FG Delivery akan menyediakan list lunch pek buat customer seperti Nasi Ayam, dan Nasi Ayam Merah. Pada bulan Ramadhan, penyediaan makanan FG Delivery berubah dan FG Delivery akan mengfokuskan untuk penghantaran makanan kepada perjumpaan keluarga dan kawan-kawan dengan harga yang lebih murah. Puan Fatiya berkongsi cara beliau melakukan strategi pemasaran. Puan Fatiya berkongsi cabaran dan masalah yang dihadapi olehnya. Antaranya ialah beliau tidak mempunyai kepakaran untuk content di media sosial.

Dalam segmen Cuba Try Test Share, Coach Shidi berkongsi tips untuk mengekalkan lagi kesetiaan pelanggan tetap. Selain itu, Coach Shidi berkongsi tips untuk mencipta text dan skrip yang mampu menambat perasaan pelanggan.

Fakta Menarik

Menu signature di FG Delivery ialah makanan Kelantan dan menu pilihan ramai pelanggan ialah Nasi Kerabu.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top