Bicara Ekspres,
13:45

Ep177. Habib Mengusahakan Style Seratus Semasa Menggangur

15 Jul 2019

Ep 177. Habib Mengusahakan Style Seratus Semasa Menggangur

Masih lagi dengan topik faktor apa menyebabkan anak muda jadi usahawan, Bicara Ekspres pada minggu ini bersama Habib Abdul Rauf yang mengusahakan bisnes pakaian jenama Style Seratus yang berfokus kepada pakaian jenis street wear untuk golongan remaja. Beliau berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan beliau serta bagaimana beliau mula mendapat minat untuk berniaga.

Isi Utama

Pada awalnya, Habib mengusahakan bisnes dengan rakan kongsi sementara menunggu peluang pekerjaan dalam bidang dipelajari. Setelah beberapa lama, beliau mengambil keputusan menumpukan kepada perniagaan seratus peratus setelah perniagaan mula menampakkan hasil. Beliau turut berfikir bahawa lebih baik ambil peluang di hadapan sementara masih ada daripada menunggu pekerjaan yang tidak nampak akan tiba. Beliau setuju banyak perkara yang perlu dipelajari kerana beliau bermula dari kosong, tapi dengan kecekalan, beliau kekal berniaga hingga kini.

Fakta Menarik

Style Seratus telahpun beroperasi selama tiga tahun sepenuhnya dari atas talian dan berpangkalan di Bangi. Kesemua design dan juga jahitan dilakukan di bawah syarikat dengan staf sebanyak lima orang.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top