Bicara Ekspres,
16:01

Ep176. Easytech Bermula dengan Semangat Asyur

15 Jul 2019

Ep 176. Easytech Bermula dengan Semangat Asyur

Ikuti temubual Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama dengan pengusaha syarikat Easytech iaitu Asyur Anwar yang memfokuskan kepada pembangunan aplikasi untuk telefon pintar menggunakan teknologi Virtual Reality dan Augmented Reality. Dengarkan pandangan lanjut beliau mengenai bagaimana beliau bermula dan dari manakah datang motivasi beliau untuk terus terjun ke dunia perniagaan.

Isi Utama

Asyur sendiri memulakan Easytech dengan pengalaman dan pendedahan berniaga dari kecil dan kerana diinspirasi oleh usahawan teknologi di Amerika Syarikat. Beliau berpendapat pengalaman juga adalah penting, namun bekerja dengan orang tidak begitu digalakkan berikutan kekangan dari segi birokrasi. Untuk menampung kekurangan dari sudut pengalaman, Asyur menyarankan untuk mencari rakan kongsi dan mentor yang lebih berpengalaman.

Fakta Menarik

Asyur merupakan merupakan graduan dalam bidang teknologi informasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang mana ianya sangat membantu beliau dalam menjalankan bisnes. Beliau sudahpun terdedah kepada dunia perniagaan sejak sekolah lagi, ketika sedang belajar di Maktab Rendah Sains Mara. Kini beliau sudah menjalankan bisnes selama tiga tahun dengan pelbagai klien daripada syarikat jenis startup dan perusahaan kecil dan sederhana.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top