Bisnes Makeover,
31:09

Ep176. Berbaloikah Food Delivery di Bulan Ramadhan?

26 Jul 2019

Ep 176. Berbaloikah Food Delivery di Bulan Ramadhan?

Bisnes Makeover kali ini membincangkan topik tentang perniagaan makanan dan penghantaran makanan di bulan Ramadhan. Dalam segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi tips mengenai penyediaan yang perlu dilakukan oleh usahawan sebelum menjalankan perniagaan makanan dan penghantaran makanan.

Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual seorang usahawan wanita bernama Puan Nur Atika, pengasas kepada Tick Masak Food Delivery. Perniagaan ini dilakukan oleh Puan Atika berseorangan dan perniagaan ini mula aktif pada tahun 2018.

Dalam segmen Cuba Try Test Share, Bisnes Makeover menampilkan Coach Shidi, pakar dalam content marketing untuk memberikan tips dan cadangan yang boleh diguna pakai oleh usahawan.

Isi Utama

Segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi tips mengenai persediaan yang perlu dilakukan oleh usahawan makanan dan penghantaran. Antara yang dikongsi oleh Nana ialah usahawan perlu mengenal pasti makanan yang ingin dijual dan merancang perniagaan dengan teliti,

Segmen Tolong Makeover, Puan Atika yang masih baru dalam dunia perniagaan ini hanya melakukan strategi pemasaran melalui media sosial seperti facebook dan instagram. Sebagai usahawan yang menjalankan perniagaan secara bersendirian, masalah utama yang dihadapi oleh Puan Atika ialah masa kerana Puan Atika tidak mempunyai penolong. Namun begitu, Puan Atika berhasrat untuk mengupah penolong namun Puan Atika masih tidak berkemampuan untuk mengambil pekerja.

Segmen Cuba Try Test Share, Coach Shidi berkongsi tips untuk content marketig yang sesuai pada bulan Ramadhan. Antara tips yang dikongsi ialah usahawan perlu menggunakan gambar makanan yang mengiurkan pelanggan, dan setiap copywriting perlu meletakkan emosi supaya dapat menarik perhatian pelanggan. Bulan Ramadhan semestinya ramai usahawan akan menyertai bazar Ramadhan, namun, Coach Shidi berkongsi pendapat tentang usahawan yang menyertai bazar Ramadhan.

Fakta Menarik

Pelanggan yang memesan secara banyak boleh memilih menu sendiri.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top