Bisnes Makeover,
25:53

Ep175. Adakah Perniagaan Tudung Sudah Basi?

26 Jul 2019

Ep 175. Adakah Perniagaan Tudung Sudah Basi?

Segmen Tolong Makeover dalam episode Bisnes Makeover kali ini menampilkan Puan Nur Aqilah, pemilik kepada Qayla Mikayla Scarves. Sebelum Qayla Mikayla, Puan Nur Aqilah merupakan pemilik kepada Qayla Atira sejak tahun 2012 dan kini Qayla Mikayla baru saja berusia setahun lebih. Qayla Mikayla menawarkan 2 jenis tudung bawal iaitu cotton jepun dan bawal asli. Qayla Mikayla mempunya 10 koleksi tudung. Walaupun sudah lama menceburi bidang perniagaan, namun Qayla Mikayla masih memerlukan bantuan.

Segmen Cuba Try Test Share, Bisnes Makeover menampilkan pengasas Jelitasara.com, Encik Wan Zaki. Jelitasara.com bermula pada tahun 2009 merupakan peneraju utama tudung ekslusif dan berkualiti tinggi. Encik Wan Zaki akan berkongsi sedikit sebanyak tips dan nasihat buat usahawan tudung seperti Puan Nur Aqilah.

Isi Utama

Dalam segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi sebab sesuatu perniagaan menjadi sia-sia dan gagal, Kesilapan kecil yang sering dilakukan oleh usahawan dapat menjatuhkan perniagaan tanpa sedar.

Dalam segmen Tolong Makeover, Puan Nur Aqilah yang memulakan perniagaan dengan menjual pakaian kini mengambil langkah seterusnya untuk menjual tudung. Strategi pemasaran yang dilakukan oleh Puan Nur Aqilah seperti brand awareness sedikit sebanyak dapat memberi nama kepada Qayla Mikayla Scarves namun ia tidak cukup untuk bersaing dengan usahawan tudung yang lain. Puan Nur Aqilah mengakui persaingan yang sengit membuatkan dia mengorak strategi untuk tampil berlainan dengan perniagaan tudung yang lain. Puan Nur Aqilah yang masih lagi bertatih dalam dunia perniagaan tudung memerlukan bantuan dari segi pemasaran. Oleh itu, dalam segmen Cuba Try Test, Share, Encik Wan Zaki yang berpengalaman dalam bidang perniagaan tudung memberi khidmat nasihat yang berguna buat usahawan tudung. Encik Wan Zaki juga berkongsi cara buat usahawan yang masih berjinak untuk memasarkan produk secara efesien. Tambahan lagi, Encik Wan Zaki memberi penerangan dengan lebih teliti tentang soft sell dan hard sell. Encik Wan Zaki juga memberi pandangan terhadap usahawan yang menggunakan influencer untuk mempromosikan produk.

Fakta Menarik

Qayla Mikayla mempunyai sebuah butik Olisaa Mode di Bayan Baru, Pulau Pinang.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top