Bisnes Makeover,
32:13

Ep174. Misteri Kehilangan Kerongsang

26 Jul 2019

Ep 174. Misteri Kehilangan Kerongsang

Aksesori kerongsang merupakan elemen yang penting buat wanita pada setiap masa. Masalah kerongsang hilang adalah hal yang biasa dihadapi oleh wanita. Dalam segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi tentang kesetiaan pelanggan.

Segmen Tolong Makeover menampilkan Encik Nizam bin Abdul Malik, pemilik kepada Aira Online Shop. Aira Online Shop menawarkan pelbagai aksesori wanita seperti kerongsang dan ring tudung. Encik Nizam menjalankan Aira Online Shop sejak setahun yang lepas setahun yang lepas. Segmen Cuba Try Test Share, Coach Syafiq bakal membantu Encik Nizam dan usahawan aksesori yang lain cara untuk memasarkan perniagaan dengan secara efektif dan efesien.

Isi Utama

Dalam segmen Tolong Makeover, Encik Nizam berkongsi cerita bagaimana beliau mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan aksesori wanita. Encik Nizam tidak hanya memasarkan produk Aira Online Shop di Facebook dan Instagram, malah Encik Nizam menggunakan platform seperti Carousell dan Shopee. Encik Nizam mengakui bahawa persaingan sangat sengit di media sosial. Oleh itu, Encik Nizam berkongsi cara beliau mengatasi persaingan tersebut. Encik Nizam yang masih baru dalam dunia perniagaan, menyuarakan bantuan yang diperlukan olehnya seperti khidmat nasihat dan rakan perniagaan.
Dalam segmen Cuba Try Test Share, Coach Syafiq, Pakar Digital Marketing memberi beberapa tips dan ilmu pemasaran buat Encik Nizam dan usahawan aksesori yang lain. Coach Syafiq berkongsi cara untuk membuat pelan strategi yang lebih efesien dan efektif untuk memasarkan produk. Antara yang dititikanberatkan ialah dari segi content dan gambar yang mempunyai emosi untuk menarik perhatian pelanggan. Untuk Encik Nizam dan usahawan lain, Coach Syafiq memberi penerangan dengan lebih terperinci tentang content yang boleh dimuatturun di media sosial.

Fakta Menarik

Encik Nizam mendapat ilham untuk menjual kerongsang apabila isteri Encik Nizam membeli kerongsang setiap minggu di pasar malam.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top