Bicara Ekspres,
05:46

Ep174. Faktor Jadi Usahawan? – Ulasan DJ

15 Jul 2019

Ep 174. Faktor Jadi Usahawan? – Ulasan DJ

Minggu baru, topik pun serba baharu! Bicara Ekspres pada minggu ini akan memfokuskan kepada topik tentang faktor anak muda bercadang untuk menjadi usahawan, terutamanya bagi anak muda yang baru sahaja menghabiskan pengajian di universiti. DJ Arizal akan mengupas sedikit sebanyak tentang apakah yang mungkin mendorong anak-anak muda ini untuk membuka bisnes sendiri.

Isi Utama

Terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi sebab musabab serta motivasi yang mendorong anak muda untuk menjadi usahawan dan bergiat aktif dalam bisnes. Ianya boleh menjadi sesuatu yang sengaja atau tidak sengaja, atau disebabkan kekangan kewangan atau dicabar rakan-rakan dan keluarga. Pendek kata, ada banyak sebab yang boleh ditemukan apatah lagi apabila kaji selidik dilakukan.

Fakta Menarik

Masa kini, semakin ramai anak muda tidak lagi mahu bekerja makan gaji, sebaliknya tidak kurang ramai juga yang membuka perniagaan sendiri. Dengan usia muda, mereka tidak terlalu risau akan risiko yang akan timbul, namun kekurangan ilmu mungkin akan menjadi duri dalam daging pada masa hadapan.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top