Bisnes Makeover,
31:03

Ep173. Usahawan Tradisional Semakin Ketinggalan?

26 Jul 2019

Ep 173. Usahawan Tradisional Semakin Ketinggalan?

Topik kali ini membincangkan tentang usahawan pakaian ready to wear pakaian wanita. Pada zaman kini, perniagaan butik wanita kini sedang mekar di mana-mana sahaja, tidak kira secara atas talian atau butik fizikal. Dalam segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi tips cara untuk membuka buti wanita.

Segmen Tolong Makeover menampilkan Puan Rosmawati atau lebih senang dikenali sebagai Kak Ma. Kak Ma merupakan pemilik kepada Zamwati Enterprise. Kak Ma telah menjalankan perniagaan Zamwati Enterprise sejak 10 tahun yang lalu. Zamwati Enterprise menyediakan pakaian ready-made seperti baju kurung dan baju kanak-kanak untuk musim hari raya.

Segmen Cuba Try Test, Share menampilkan Encik Wan Faid Amsyar, pengawai dari PUNB yang bakal membantu Kak Ma dan usahawan lain untuk memperkembangkan lagi perniagaan ke tahap yang seterusnya.

Isi Utama

Dalam segmen Tolong Makeover, Kak Ma yang sudah berpengalaman dalam perniagaan butik wanita selama 10 tahun masih melakukan perniagaannya secara tradisional. Tambahan lagi, Kak Ma masih menjalankan perniagaannya bersama suaminya sejak 10 tahun yang lalu. Walaupun Kak Ma tidak mempunyai butik dan masih menjalankan perniagaannya di rumah, namun Kak Ma membuka booth di sebuah festival di Putrajaya. Kak Ma yang telah lama menjalankan perniagaannya memerlukan bantuan dari segi premis dan pemasaran. Bagaimana Encik Wan Faid dapat menyelesaikannya?
Menurut Encik Wan Faid, pihak Punb memberi beberapa bantuan dari segi premis dan kewangan. Encik Wan Faid berkongsi beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh usahawan sebelum memohon pinjaman kewangan daripada pihak PUNB. Dari segi pemasaran, Encik Wan Faid berkongsi cara PUNB membantu usahawan mendapatkan ilmu pemasaran.

Fakta Menarik

Pihak PUNB mempunyai unit hartanah yang menguruskan premis di seluruh Malaysia dengan kadar sewa yang murah.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top