Bicara Ekspres,
19:04

Ep173. Pixyo Photo Bermula Dari Modal Minima

11 Jul 2019

Ep 173. Pixyo Photo Bermula Dari Modal Minima

Masih lagi dengan cerita tentang modal, tetamu minggu ini di konti eFM kali ini ialah Mariatul binti Zainal dari Pixyo Photo yang berfokus kepada platform untuk pengguna memilih jurugambar berdasarkan pilihan yang ada serta kegemaran mereka. Beliau sudi berkongsi bagaimana beliau bermula dan bagaimana beliau menggunapakai dan mengurus modal untuk memulakan perniagaan ini.

Isi Utama

Menggunakan platform Pixyo Photo ini, pengguna akan dipadankan dengan jurugambar yang terdekat dengan lokasi mereka apabila permintaan dibuat, namun terdapat juga permintaan khas untuk jurugambar tertentu di lokasi yang berbeza. Ketika bermula, Mariatul bersama-sama rakan kongsi yang lain mengumpulkan modal awalan dengan apa sahaja duit yang masih dimiliki mereka, sebelum mengembangkan bisnes dengan geran. Meminjam bagi memulakan bisnes adalah sesuatu yang tidak digemari menurut Mariatul, apatah lagi jika meminjam dengan sahabat sendiri.

Fakta Menarik

Mariatul baru sahaja mengusahakan Pixyo Photo sejak tahun 2017 dan dalam masa setahun sahaja sudah mendapatkan lebih kurang 39 orang jurugambar dari seluruh negara untuk meletakkan khidmat mereka di platform tersebut.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top