Bicara Ekspres,
17:16

Ep172. Modal Minima: Mengembangkan Bunda Massage House

11 Jul 2019

Ep 172. Modal Minima: Mengembangkan Bunda Massage House

Masih lagi dengan topik modal manakah yang lebih baik dalam berniaga, Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama dengan Puan Norhashikin binti Abdullah yang mengusahakan bisnes urut jenama Bunda Home Massage yang berfokus kepada khidmat mengurut untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Beliau berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan beliau serta bagaimana beliau menggunapakai modal untuk berniaga.

Isi Utama

Pada awalnya, Norhashikin menghadapi kekangan modal, namun bijak mengambil peluang dengan menggunakan pemasaran mulut ke mulut sesama ahli keluarga serta menggunakan media sosial tanpa berbelanja terlalu besar. Berdasarkan kemahiran yang dimiliki, beliau mula membina nama sehingga berkembang dengan lebih besar. Beliau tidak begitu gemar meminjam berikutan tidak pernah meminjam dalam berniaga, serta melihat pengalaman rakan-rakan sendiri yang meminjam untuk berniaga.

Fakta Menarik

Pernah belajar dalam bidang kejururawatan dalam kolej swasta, idea untuk mengusahakan Bunda Home Massage timbul berikutan kesulitan Norhashikin dalam mendapatkan khidmat urut yang sesuai sebaik sahaja bersalin. Ianya didirikan atas kemahiran yang dipelajari beliau dalam mengurut ibunya selama bertahun-tahun.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top