Bisnes Makeover,
29:21

Ep172. Fashion Show Ala Victoria’s Secret Runaway?

15 Jul 2019

Ep 172. Fashion Show Ala Victoria’s Secret Runaway?

Episod kali ini menampilkan tiga segmen iaitu segmen Tips Bersama Nana, segmen Tolong Makeover dan segmen Cuba Try Test Share. Dalam segmen Tolong Makeover, Bisnes Makeover menampilkan seorang usahawan pakaian baju melayu, Encik Saiful Azanan. Encik Saiful Aznan. Encik Saiful Aznan merupakan pemilik perniagaan Saifulzali. Encik Saiful telah menjalankan perniagaannya sejak tahun 2006. Saifulazli tidak sahaja menjual baju melayu tetapi baju pengantin juga.

Isi Utama

Dalam segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi 7 kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan pakaian. Antaranya ialah usahawan tidak melakukan penyelidikan, tidak melakukan unit selling point, tidak menguatkan branding dan pelbagai lagi,

Dalam segmen Tolong Makeover, Encik Saiful mengatakan beliau mengikuti trend semasa untuk design baju melayunya. Setiap tahun, Encik Saiful akan merancang cara untuk memasarkan pakaiannya dan kali ini Encik Saiful bakal melakukan acara fashion show untuk mempamerkan koleksi pakaian baju rayanya. Dalam segmen ini, Encik Saiful memerlukan bantuan tempat untuk mempromosikan produknya.
Oleh itu, dalam segmen Cuba Try Test Share, Coach Shidi dan Coach Syafiq bakal membantu Encik Saiful dan usahawan lain untuk mempertingkatkan lagi perniagaan. Coach Syafiq berkongsi teknik yang boleh dipraktikkan oleh Encik Saiful untuk mencapai jualan sebanyak 10000 unit. Coach Shidi membantu dari segi memberi tips untuk melakukan content yang bersesuaian.

Fakta Menarik

Pada tahun 2014, Encik Saiful berjaya menjual baju melayu sebanyak 2000 unit dalam masa sebulan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top