Bisnes Makeover,
28:35

Ep171. Songkok Hak Milik Tun Dr. Mahathir

15 Jul 2019

Ep 171. Songkok Hak Milik Tun Dr. Mahathir

Segmen Tolong Makeover menampilkan seorang usahawan songkok yang bernama Muhammad Syahir b Saidi. Encik Syahir menjalankan perniagaan turun temurun yang sudah berusia 50-60 tahun yang diberi nama Songkok Style Tun. Walaupun, perniagaan ini sudah lama namun Encik Syahir baru sahaja 2 tahun menceburi bidang perniagaan. Sebelum ini, Encik Syahir bekerja sepenuh masa sebelum membantu ayahnya.

Isi Utama

Encik Syahir berkongsi cerita tentang perjalanannya dalam perniagaan Songkok Style Tun. Encik Syahir mempelajari cara untuk membuat songkok selama 3 bulan. Songkok yang diperbuat dari tangan ini memerlukan ketelitian yang tinggi dan juga kualiti yang terbaik. Encik Syahir berkongsi strategi pemasaran untuk Songkok Style Tun yang kini mendapat tempat di beberapa negara seperti Singapura dan Filipina. Walaupun sudah dikira sebagai perniagaan matang, Encik Syahir masih memerlukan masa untuk melatih pekerjanya untuk melakukan songkok dengan teliti dan kemas.

Dalam segmen Cuba Try Test Share, Encik Wan Faid berkongsi skim yang sesuai buat Encik Syahir untuk memajukan perniagaannya. Tambahan lagi, Encik Wan Faid menjelaskan dengan lebih terperinci tentang cara pihak PUNB menilai personality usahawan sebelum meluluskan pinjaman dan jug acara mereka melakukan pemantauan selepas pembiayaan pinjaman.

Fakta Menarik

Ayah Encik Syahir meminta kebenaran daripada Tun Dr. Mahathir untuk menggunakan nama beliau untuk songkok. Pada mulanya, Tun Dr. Mahathir menolak kebenaran tersebut. Namun begitu, Tun Dr. Mahathir meluluskan kebenaran tersebut tanpa mengambil sebarang royalty.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top