Bicara Ekspres,
19:35

Ep171. Modal Sendiri Tanpa Hutang

11 Jul 2019

Ep 171. Modal Sendiri Tanpa Hutang

Ikuti temubual Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama dengan pengusaha syarikat Rashwealth Biotech iaitu Muizzudin bin Muhammad Mazlan yang memfokuskan kepada kilang OEM untuk produk-produk tertentu lebih-lebih lagi yang berfokus kepada kosmetik. Dengarkan pandangan lanjut beliau mengenai bagaimana beliau menguruskan dan mendapatkan modal untuk menjalankan perniagaan.

Isi Utama

Muizzudin sendiri memulakan Rashwealth Biotech dengan kerjasama daripada rakan-rakan kongsi yang lebih berusia dan berpengalaman, manakala beliau membawa masuk sedikit modal sendiri dan ilmu yang dimiliki. Beliau berpendapat ilmu sangatlah penting kerana apabila membuka bisnes, secara tidak langsung usahawan sudah menyertai industri. Maka jika kurang ilmu, adalah lebih baik tidak ambil risiko dengan membuat pinjaman dan bermula dengan apa-apa kelebihan yang dimiliki.

Fakta Menarik

Muizzudin merupakan merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan kimia yang berfokus kepada bioproses, namun kini mengaplikasikan ilmu beliau dalam menjalankan bisnes kilang OEM.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top