Bisnes Makeover,
29:51

Ep170. Sampin Pelengkap Kepada Baju Melayu

15 Jul 2019

Ep 170. Sampin Pelengkap Kepada Baju Melayu

Sampin merupakan salah satu elemen yang penting buat pemakai baju melayu. Namun begitu, sampin hanya digunakan untuk majlis tertentu sahaja. Dalam segmen Tolong Makeover, Bisnes Makeover menampilkan pengasas Gobok Mika, Rozaiha bt Abdullah. Gobok Mika sudah bermula sejak tahun 2017 dan kini menjual sampin songket dan kain pasang songket.

Isi Utama

Rozaiha, selaku pemilik kepada Gobok Mika menjelaskan tentang kualiti yang ditawarkan olehnya iaitu kain pasang songket yang dijualnya menggunakan kain cotton yang tidak memanaskan sipemakai. Rozaiha berkongsi tentang strategi pemasaran yang dilakukannya seperti menggunakan Facebook dan Instagram, dan menyertai car booth sale. Sebagai seorang usahawan yang masih bertatih, Rozaiha memerlukan bantuan dari segi pemasaran untuk menarik ramai pelanggan. Dalam segmen Cuba Try Test Share menampilkan Coach Shidi dan Coach Syafiq yang bakal membantu Gobok Mika untuk memasarkan perniagaannya dengan lebih berkesan. Tambahan lagi, Coach Shidi dan Ciach Syafiq menjelaskan lebih terperinci tentang cara untuk mengetahui niche market atau target audience buat perniagaan.

Fakta Menarik

Gobok Mika menawarkan tiga jenis songket iaitu bunga tabur, bunga raya dan bunga tanjung. Gobok Mika dikendali oleh Rozaiha dan seorang lagi temannya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top