Bicara Ekspres,
14:20

Ep170. Guna Modal Sendiri: Farm Fresh Milk

11 Jul 2019

Ep 170. Guna Modal Sendiri: Farm Fresh Milk

Dengarkan podcast Bicara Ekspres pada minggu ini yang bersama-sama Cik Nurhazwani binti Muhammad Hanafiah dari Farm Fresh Milk yang meneruskan topik mendapat modal dalam berniaga yang sudi berkongsi sedikit lebih lanjut mengenai perniagaan beliau di samping memberi pandangan mengenai topik minggu ini serta mengaitkan pula dengan bagaimana beliau mula berniaga dahulu.

Isi Utama

Dengan hanya berbekalkan modal sebanyak tiga ratus ringgit apabila berhenti kerja terakhir, Nurhazwani telah menempuh banyak perkara untuk menjalankan operasi bisnes. Menggunakan duit sendiri menjadikan beliau lebih cermat dalam menguruskan bisnes. Beliau tidak begitu menggemari pinjaman kerana proses yang rumit serta faedah yang tinggi jika meminjam pada syarikat pinjaman yang tidak diiktiraf.

Fakta Menarik

Nurhazwani merupakan graduan dari Universiti Kuala Lumpur cawangan Melaka dalam bidang pemprosesan makanan telahpun terlibat dalam mengusahakan Farm Fresh Milk sejak tiga tahun yang lalu. Bermula dari kampung halaman di Kuantan, Nurhazwani pernah menjadi kerani sebelum memulakan bisnes menggunakan bisnes sendiri.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top