Bawa Mulut,
21:03

Ep17. Dah Sampai Belum? Servis Penghantaran Makanan

28 Mar 2019

Ep 17. Dah Sampai Belum? Servis Penghantaran Makanan

Cik Sal terlalu sibuk dengan kerja-kerja di pejabat hingga tidak punya masa untuk keluar makan tengah hari. Joy cuba untuk membuat pesanan melalui aplikasi servis penghantaran makanan sedia ada tetapi malangnya kawasan pejabat Cik Sal tidak termasuk dalam kawasan penghantaran. Cik Sal meminta bantuan pekerjanya, Selvi untuk belikan makanan untuk Cik Sal, Joy dan Rizal. Malang tidak berbau, disebabkan terlalu banyak pesanan makanan untuk dibawa, Selvi tersalah langkah menyebabkan dia terjatuh tangga bersama-sama makanan yang dibawa. Kemalangan yang berlaku menarik perhatian Cik Sal, Joy dan Rizal untuk meneroka perniagaan pembungkusan makanan, khas untuk khidmat penghantaran makanan.

Isi Utama

Penghantar makanan atau rider mengalami masalah ketika menghantar pesanan kerana bentuk pembungkusan yang tidak mesra penghantaran. Salah satu puncanya ialah penggunaan beg plastik untuk membungkus lauk. Dengan menggantikan beg plastik kepada bekas yang mempunyai bahagian-bahagian kecil akan lebih praktikal untuk dibawa dengan mudah. Zaman teknologi tinggi memberi kemudahan kepada usahawan untuk membuat kajian perniagaan dan berkenalan dengan usahawan lain bagi tujuan bekerjasama. Namun, usahawan perlu lebih berhati-hati supaya tidak mudah ditipu ketika menjalankan urusan. Disebabkan tidak mengambil berat tentang keselamatan, Cik Sal menerima pengajaran yang paling besar dalam hidupnya sebagai usahawan.

Fakta Menarik

Perkhidmatan penghantar atau rider kini semakin mendapat sambutan di Malaysia kerana pemilik perniagaan dapat meluaskan kawasan penghantaran selain anak muda dapat menambah wang sampingan hanya bermodalkan sebuah motorsikal.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top