Bisnes Makeover,
31:18

Ep169. Kasut Capal Yang Hampir Dilupai.

15 Jul 2019

Ep 169. Kasut Capal Yang Hampir Dilupai.

Dalam Segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual seorang usahawan perniagaan kasut capal, Mohd Yusoff atau lebih senang dikenali sebagai Jimi. Jimi merupakan pengasas kepada Mysa Excellence Resources. Mysa Excellence Resources tidak hanya menjual kasut capal tetapi juga aksesori yang diperbuat daripada kulit seperti gelang. Jimi memulakan perjalanan kasut capal pada lima tahun yang lepas dengan membuat research and development seperti mencipta design, dan mempelajari cara untuk membuat kasut.

Dalam segmen Cuba Try Test Share, Bicara Makeover membawakan seorang pengawai Retail Financing, Encik Wan Faid Amsyar untuk membantu Jimi dalam perniagaannya.

Isi Utama

Sebelum menjalankan perniagaan kasut capal dengan serious, Jimi melakukan proses research and development untuk mendapatkan kualiti yang terbaik. Untuk memulakan perniagaan kasut capal, Jimi mengeluarkan modal sebanyak RM7000 untuk membeli mesin untuk meningkatkan produktiviti. Menurut Jimi, cabaran terbesar yang dihadapi olehnya ialah masalah pembekal dan production. Jimi berkongsi tentang bantuan yang diperlukan olehnya iaitu dari segi branding dan packaging.

Dalam segmen Cuba Try Test Share, Encik Wan Faid menjelaskan tentang cara PUNB membantu usahawan dan tawaran yang mereka ada buat usahawan. Akhir sekali, Encik Wan Faid menjelaskan dengan lebih terperinci tentang Program Jumper iaitu program mentor mentee yang dianjurkan oleh pihak PUNB yang bersesuian dengan usahawan baru.

Fakta Menarik

Harga sepasang capal bermula dari harga RM160 ke atas. Pelanggan boleh membuat permintaan terhadap design tapak kasut capal tersebut.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top