Bicara Ekspres,
13:16

Ep168. Uncrunchy makin Bersemangat Menggerakkan Bisnes

31 May 2019

Ep 168. Uncrunchy makin Bersemangat Menggerakkan Bisnes

Tetamu minggu ini di konti eFM ialah Muhammad Danial Iskandar dari Uncrunchy yang berfokus kepada bisnes makanan yang rangup dan pedas. Beliau sudi berkongsi bagaimana beliau bermula dan bagaimana tahap semangat beliau dalam fasa awal perniagaan.

Isi Utama

Merupakan seorang pengusaha tunggal bagi bisnes beliau, Muhammad Danial Iskandar sudahpun menemukan beberapa dugaan meski baru bermula dalam bidang bisnes. Beliau mengakui mengusahakan secara berseorangan adalah sedikit sukar kerana semuanya ditanggung sendiri, tetapi beliau menanganinya dengan cara menonton video motivasi di YouTube serta memuat naik status motivasi di media sosial. Dalam episod ini, beliau menceritakan cara usahawan muda sepertinya boleh mencekalkan diri bagi menghadapi isu lemah semangat dalam mengusahakan perniagaan.

Fakta Menarik

Uncrunchy adalah gabungan tiga perkataan, “anchovies” iaitu ikan bilis, “crunchy” yang bermaksud rangup serta “spicy” iaitu pedas.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top