Bisnes Makeover,
38:28

Ep168. Baju Melayu Slim Fit Trend Terbaru

15 Jul 2019

Ep 168. Baju Melayu Slim Fit Trend Terbaru

Pakaian tradisional seperti baju melayu merupakan pakaian yang terkenal sewaktu hari perayaan. Episod Tolong Makeover kali ini membincangkan topik tentang usahawan baju melayu lelaki – ready to wear. Dalam episod ini, terdapat tiga segmen iaitu Segmen Tips Bersama Nana, Segmen Tolong Makeover, dan juga Segmen Cuba Try Test, Share.

Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual Syed Al Qadry Wan Hassan, pengasas kepada baju melayu slim fit, S Alqadry Exclusive. S Alqadry Exclusive telah bertapak selama 4 tahun memasarkan perniagaannya di Sarawak. Walaupun sudah bertapak selama 4 tahun, namun Syed Al Qadry memerlukan beberapa bantuan untuk meluaskankan lagi perniagaannya. Oleh itu, dalam segmen Cuba Try Test, Share, Coach Shidi dan Coach Syafiq berkongsi beberapa tips dan cadangan yang boleh dipraktikkan oleh Syed Al Qadry dan semua usahawan.

Isi Utama

Dalam segmen Tips bersama Nana, Nana berkongsi beberapa langkah buat usahawan untuk memperluaskan perniagaan. Antara tips yang dikongsi oleh Nana ialah penggunaan FacebookAds dan Instagram untuk mendapatkan pulangan wang yang cepat. Nana juga berkongsi tentang tiga hal penting sebelum memasarkan produk di media sosial.

Dalam segmen Tolong Makeover, Syed Muhammad Alqadri yang sering menempah baju melayu slim fit untuk kegunaan diri sendiri pada waktu raya, menjadikan ia sebagai satu perniagaan. Pada awalnya, Syed Alqadry hanya mengeluarkan baju melayu slim fit sebanyak 1000 pasang. Menurut Syed Alqadry, strategi pemasaran yang dilakukan oleh beliau ialah pelancaran. Pada tahun pertama, pelancaran yang dilakukan oleh beliau di Sarawak dan beliau menjemput Haqiem Rusli. Pada tahun keempat, Syed Alqadry mengeluarkan klip video yang menggunakan pemain bola sepak untuk menarik perhatian pelanggan. Setiap perniagaan semestinya wujud cabaran, dan Syed Alqadry tidak terlepas dari menghadapi cabaran. Antara cabaran yang dikongsi oleh Syed Alqadry ialah kos penghantaran kerana kilang S Alqadry Exclusive terletak di Semenanjung dan perniagaan Al Qadry dijalankan di Sarawak. Akhir sekali, Syed Alqadry berkongsi tentang bantuan yang diperlukan olehnya untuk memantapkan lagi perniagaannya.

Dalam segmen Cuba Try Test, Share menampilkan Coach Shidi dan Coach Syafiq yang berpengalaman dalam bidang content marketing dan digital marketing. Dalam segmen ini, Coach Syafiq berkongsi pendapat tentang menggunakan khidmat instafamous untuk mempromosikan produk.

Fakta Menarik

S Alqadry menawarkan 11 warna baju slim fit bersama satu set butang baju melayu ekslusif secara percuma.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top