Bicara Ekspres,
11:21

Ep167. Norazmina Sentiasa Positif dalam Mengusahakan Bisnes

31 May 2019

Ep 167. Norazmina Sentiasa Positif dalam Mengusahakan Bisnes

Masih lagi dengan topik semangat dalam berniaga, Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama dengan Norazmina binti Ramli yang mengusahakan bisnes jenama Online Learning Added Value yang berfokus kepada topik coaching dan latihan. Beliau berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan beliau serta cara menangani turun naik semangat berniaga.

Isi Utama

Berdasarkan pengalaman berniaga bertahun-tahun, Norazmina sering kali menghadapi kekangan dalam melakukan bisnes berikutan faktor usia beliau yang menyebabkan kurangnya kepercayaan terhadap dirinya. Namun begitu, beliau tidak mengaku kalah dan terus berlawan dengan semangat yang jitu. Beliau berkongsi cara bagi memotivasikan diri sebagai seorang usahawan muda seperti sering membaca buku-buku motivasi dan bisnes untuk menaikkan semangat sendiri. Di samping itu, mencari circle yang sentiasa positif adalah penting supaya kekal bersemangat dan yakin berjuang.

Fakta Menarik

Merupakan graduan daripada bidang TVET dan pendidikan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Online Learning Added Value turut berfokus kepada bidang latihan TVET dan bisnes. Ianya didirikan atas pengalaman yang dikutip Norazmina yang telah bergiat dalam bidang perniagaan sejak umur 17 tahun. Beliau turut menulis buku sendiri untuk berkongsi pengalaman beliau.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top