Bisnes Makeover,
30:50

Ep167. Coach Shidi Sedia Membantu!

15 Jul 2019

Ep 167. Coach Shidi Sedia Membantu!

Dalam segmen ini, Bicara Makeover menjemput Coach Shidi, pengasas kepada Contentprenuership untuk membantu usahawan makanan dan servis untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Coach Shidi akan membantu dari segi pemasaran dan content yang boleh dilakukan oleh usahawan. Walaupun menjalankan perniagaan makanan dan servis, content marketing juga penting buat usahawan untuk menarik perhatian pelanggan. Usahawan makanan dan servis perlu bergerak seiring dengan teknologi yang sedia ada sekarang kerana pengambilan pesanan makananan hanya dilakukan dihujung jari sahaja.

Isi Utama

Coach Shidi memulakan tips untuk usahawan makanan dan servis dengan jenama. Jenama sangat penting buat sesuatu perniagaan kerana ia akan memberi impak yang besar buat pelanggan. Menurut Coach Shidi, walau seceruk mana pun lokasi sesuatu perniagaan tetapi jika ianya sedap dan viral, orang akan bersusah payah cari kedai tersebut. Coach Shidi berkongsi tentang mengenal pasti pemasaran yang ingin dilakukan. Menurut beliau, pemasaran melalui offline dan online perlulah seiring. Bagi usahawan yang tidak mempunyai kedai, Coach Shidi berkongsi cara untuk usahawan ini menjalankan pemasaran secara online dan offline. Untuk usahawan yang masih melakukan penghantaran di kawasan yang sama, Coach Shidi memberi cadangan untuk memperluaskan penghantaran, antaranya ialah jenama, cipta sistem dan SOP. Selain itu, Coach Shidi menyarankan usahawan untuk mencipta sebuah nama. Coach Shidi juga berkongsi cara untuk memastikan produk yang ditawarkan oleh usahawan dapat pergi jauh.

Fakta Menarik

Semasa lawatan ke Jepun, Coach Shidi mendapati bahawa orang Jepun menggunakan sistem iaitu membuat pesanan melalui mesin dan setiap pembelian diiringi sebuah lagu yang catchy!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top