Bisnes Makeover,
25:36

Ep166. Wak Doyok Pencetus Mymoustachef

11 Jul 2019

Ep 166. Wak Doyok Pencetus Mymoustachef

Nana Mahazan menemubual seorang usahawan makanan dan servis, Ahmad Nazirul Mohd Nazar. Nazirul merupakan pemilik Mymoustachef yang sudah menceburi bidang ini selama 3 tahun. Mymoustachef bermula dengan perniagaan makanan nasi campur tepi jalan di Segambut. Nazirul memulakan servis penghantaran setelah mendapat banyak pesanan penghantaran di kawasan pejabat sekitar tempat beliau berniaga. Dari situ, Nazirul melihat ia sebagai satu potensi yang besar untuk menjalankan perniagaan.

Isi Utama

Nazirul mempunyai minat yang mendalam dalam bidang masakan dan bercita-cita tinggi untuk menjalankan perniagaan makanan dan minuman. Setelah kematian ayah mertuanya Nazirul membuka perniagaan Mymoustachef dengan bermodalkan sebanyak RM600 untuk membeli payung, meja, dan bahan mentah. Hanya dalam masa sebulan, Nazirul mendapat pulangan modal tersebut. Mymoustachef bertempat di Petaling Jaya dan Nazirul banyak menghantar makanan di sekitar Kuala Lumpur. Mymoustachef tidak mengenakan caj penghantaran tetapi mereka mempunyai bilangan pesanan minimum untuk mengelakkan pelanggan membayar lebih pada kos penghantaran, Pendapatan yang dijana oleh Nazirul adalah sebanyak RM10,000-RM20,000 secara kasar sebulan. Mymoustachef yang telah berkecimpung selama 3 tahun ini memberi tips yang berguna buat usahawan makanan dan servis yang baru mahu memulakan perniagaan.

Fakta Menarik

Nama Mymoustachef diambil oleh Nazirul yang sering bergurau dengan kawannya dan pada waktu itu, Wak Doyok sedang trend di media sosial.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top