Bicara Ekspres,
12:43

Ep166. Lawobeng dengan Strategi Menaikkan Semangat Berniaga

31 May 2019

Ep 166. Lawobeng dengan Strategi Menaikkan Semangat Berniaga

Ikuti temubual Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama dengan pengusaha serta co-founder bagi syarikat Lawobeng iaitu Muhammad Saddam yang memfokuskan kepada menjual cadar tilam yang selesa, bersih dan menarik kepada para pelanggan. Dengarkan pandangan lanjut beliau mengenai turun naik semangat dalam berniaga.

Isi Utama

Dalam berniaga, asam garamnya adalah untuk semangat berniaga itu turun dan naik sepanjang perniagaan dijalankan. Pelbagai cabaran yang dilalui pasti mengekang kemajuan seterusnya semangat dalam berniaga, namun apa yang perlu dilakukan adalah untuk menyelesaikan masalah itu sendiri. Di samping itu, Saddam turut merujuk kepada sifu beliau yang lebih berpengalaman untuk belajar lebih dan memupuk semangat jitu untuk terus berniaga.

Fakta Menarik

Saddam merupakan graduan dari Universiti Kuala Lumpur dalam jurusan pembinaan kapal, namun punya minat mendalam terhadap bisnes. Jenama Lawobeng adalah berdasarkan loghat Terengganu iaitu “Lawa sangat” yang diilhamkan daripada isteri beliau yang merupakan orang Terengganu. Lawobeng telahpun aktif selama empat tahun dengan bisnes yang dijalankan secara atas talian sepenuh masa.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top